Mengenai Kami
Syarikat House of Fine Line Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada awal tahun 2003 dengan nama House of Fine Line (Syarikat Enterprise) yang pada awalnya menyediakan perkhidmatan reka bentuk grafik dan fotografi.
Dengan kapasiti permintaan yang tinggi kami meningkatkan perkhidmatan kepada perancangan periklanan, perundingan imej korporat, promosi produk dan perkhidmatan.
Sekarang, House of Fine Line Sdn Bhd (myfineline.com.my) masih lagi mengekalkan perkhidmatan asal, sekaligus kini memiliki rangkaian produk sendiri yang berjaya menembusi pasaran luar negara dan berdaftar dengan agensi-agensi kerajaan.
Syarikat ini telah didaftarkan dengan kementerian kewangan sebagai kontrator dan pembekal bumiputera di bawah pengurusan 100% Bumiputera.
VISI
Melahirkan sebuah kumpulan yang mantap dalam semua bentuk kepakaran untuk memberikan perkhidmatan atau produk yang terbaik kepada pelanggan domestik dan antarabangsa.
MISI
- Untuk meningkatkan imej serta mutu perkhidmatan dan produk yang dihasilkan.
- Memenuhi keperluan pelanggan pada bila-bila masa.
- Menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam segala aspek yang ditawarkan
- Menghasilkan mutu perkhidmatan yang berkualiti dan efisyen.
OBJEKTIF
- Menggunakan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki untuk menghasilkan mutu yang terbaik disamping dapat menjimatkan kos.
- Meningkatkan kualiti dalam setiap perkhidmatan dan pengeluaran yang ditawarkan.
- Menjaga imej korporat pelanggan dan memastikan kedudukannya pada tahap yang tinggi.







